Mahathir Bincang Pembinaan Tamadun Budaya Malaysia Dalam Syarahan Perdana Khamis

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan syarahan perdana yang membincangkan tentang pembinaan tamadun budaya masyarakat Malaysia ke arah pembentukan sebuah negara maju di Hotel Palace of Golden Horses di sini pada Khamis.

Program intelektual itu adalah anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA) dan Yayasan Kepimpinan Perdana.

Menurut kenyataan JKKN pada Rabu, syarahan perdana itu boleh diterjemahkan sebagai satu langkah positif bagi rakyat Malaysia, termasuk sektor swasta, untuk memberi sumbangan daripada segi maklumat, pembelajaran dan penyelidikan kepada rakyat dan negara.

Syarahan perdana itu juga memberi input dan anjakan intelektual bagi barisan anak muda negara yang bakal memimpin negara ke arah negara maju dan seterusnya berjaya mencapai Wawasan 2020 sebagaimana yang iinspirasikan Tun Mahathir.

Ketamadunan budaya bangsa amat penting apatah lagi melalui Gagasan 1Malaysia yang diaspirasikan kerajaan Malaysia kini bagi usaha mencapai maksud pembangunan rohani dan jasmani serta seterusnya pembangunan fizikal dalam menuju pembangunan mapan.

Tun Mahathir sendiri telah menjadi nadi penggerak utama dalam menjayakan usaha ini di mana selama 22 tahun memimpin negara beliau telah menyediakan barisan kepimpinan Malaysia akan datang yang memahami secara mendalam dasar-dasar pembangunan dahulu dan menggunakannya untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, selain syarahan perdana itu, pelancaran buku ‘Che Det’ yang diusahakan oleh BERNAMA akan dilancarkan.

Buku bergambar itu menghimpunkan 468 keping foto terbaik dari dalam dan luar negara yang dipilih dari khazanah BERNAMA dan beberapa sumber lain, mencatatkan serta mengabadikan detik-detik penting kerjaya Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat dan presiden UMNO dari 1981 hingga 2003. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan