KPT Tidak Cadang Wujudkan Peperiksaan Pilih Pelajar Ke IPTA

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan mewujudkan peperiksaan umum bagi proses pemilihan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dr Hou Kok Chung berkata kerajaan akan meneruskan dasar pengambilan pelajar mengikuti kriteria akademik seperti yang diamalkan sekarang.

Katanya, jumlah kemasukan pelajar lepasan Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM), matrikulasi dan asasi ke IPTA meningkat setiap tahun berbanding jumlah tempat yang ditawarkan.

"Bagi sesi akademik 2011/2012, seramai 53,216 pelajar lepasan STPM, matrikulasi dan asasi yang layak menyambung pengajian ke IPTA, berbanding hanya 41,267 tempat yang ditawarkan," katanya menjawab soalan M. Manogaran (DAP-Teluk Intan).

Manogaran ingin tahu sama ada peperiksaan umum akan diadakan bagi membolehkan pelajar dari semua kaum mendapat peluang sama rata untuk melanjutkan pelajaran di IPTA, berbanding dasar pengambilan sekarang yang bergantung kepada keputusan peperiksaan STPM atau matrikulasi.

Selain itu, Hou juga berkata kementerian akan mengambil tindakan ke atas mana-mana institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang didapati menyalahi peraturan dan gagal melahirkan graduan berkualiti serta mempunyai sahsiah yang tinggi.

"Jika ada kesalahan, kita boleh kenakan kompaun. Sejak tiga tahun lepas kita memang ada terima aduan tetapi semakin berkurangan," katanya menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran). -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan