Kerajaan Import Makanan Dari Negara Lain Jika Bekalan Thailand Tidak Cukup - Noh Omar

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengimport bekalan makanan, terutama sayuran, dari negara lain jika bekalan dari Thailand berkurangan akibat banjir yang melanda negara itu baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata kementerian itu masih memantau pengimportan bekalan makanan dari Thailand.

"Bekalan yang paling banyak diimport dari Thailand ialah cili padi iaitu hampir 40 peratus diimport dari negara itu, jadi sekiranya kurang, kita kena import dari negara lain seperti China, Vietnam dan Indonesia," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen malam Selasa.

Beliau berkata bagaimanapun, setakat ini, jumlah cili padi yang diimport dari Thailand tidak banyak berbeza dengan bulan Oktober yang menyaksikan sejumlah 1,900 tan metrik bahan itu dibawa masuk bulan ini berbanding 2,000 tan metrik bulan lepas.

"Ini hanya kurang 100 tan metrik sahaja, jadi kementerian akan terus memantau supaya pihak berkaitan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga bekalan makanan tersebut," katanya. Sementara itu, mengenai isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), Noh menafikan dakwaan pembangkang yang mendakwa beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berbohong kepada Dewan Rakyat mengenai pinjaman mudah yang diberikan kepada perbadanan tersebut.

Katanya, ini merupakan satu tindakan tidak beretika sebagai Anggota Parlimen kerana mereka melemparkan tuduhan tanpa mendapatkan penjelasan terlebih dahulu.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli yang mendakwa keseluruhan dana itu, yang berjumlah RM250 juta, sebenarnya disalurkan sepenuhnya ke akaun NFC pada 31 Mac 2009.

Noh berkata hanya RM180 juta sahaja dikeluarkan sehingga Oktober tahun ini, dan berdasarkan laporan audit, sehingga Dis 2010, hanya RM134.72 juta dikeluarkan.

Selain itu, beliau berkata jumlah RM250 juta itu adalah dalam bentuk pinjaman dan tidak diberikan terus kepada NFC kerana ia perlu diluluskan serta disokong jawatankuasa teknikal sebelum disalurkan kepada perbadangan berkenaan.

"Ia dibuat secara berperingkat berdasarkan kepada justifikasi yang diberikan oleh NFC kepada jawatankuasa ini, dan apabila jawatankuasa berpuas hati, barulah jawatankuasa ini memberi sokongan, dan barulah dibawa kepada Kementerian Kewangan untuk membuat bayaran," katanya.

Noh juga mencabar pembangkang mengusahakan satu daripada 30 ladang satelit di bawah projek NFC yang belum beroperasi dan membuktikan mereka mampu menghasilkan 600 ekor lembu seperti yang dilakukan perbadanan itu ketika ini. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan