Jawantkuasa Pilihan Khas Parlimen Adakan Mesyuarat Kali Keempat Esok - Berita Semasa | mStar

Jawantkuasa Pilihan Khas Parlimen Adakan Mesyuarat Kali Keempat Esok

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambaikan Proses Pilihan Raya (PSC) akan mengadakan mesyuarat kali keempat esok, kata pengerusinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata selepas mesyuarat itu, satu pendengaran awam akan diadakan pada Jumaat dan Sabtu ini bagi mendengar cadangan dan idea daripada orang awam berhubung perkara-perkara yang dibincangkan dalam jawatankuasa itu.

"Kita akan mendengar pandangan daripada 40 kumpulan orang awam dari kawasan tengah iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan untuk dipertimbangkan oleh jawatankuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fuji Xerox Docuworld 2011 dan Ulangtahun ke-45 Fuji Xerox Malaysia di sini, Rabu.

Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata mana-mana cadangan dan idea yang dipersetujui akan dimasukkan dalam laporan awal interim yang akan dibentang di Parlimen sebelum sesi Dewan Rakyat ditangguh pada 4 atau 5 Disember ini.

Beliau berkata turut dimasukkan dalam laporan itu ialah 40 peratus keputusan yang telah dicapai oleh jawatankuasa itu dalam tiga mesyuarat terdahulu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas butiran lanjut perkara yang telah dipersetujui itu. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan