Jasad Penuntut Malaysia Mati Ditetak Tiba Di KLIA

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jasad penuntut Malaysia Adrian Jay Pereira, yang ditetak mati di luar rumah sewanya di bandar Malang, Jawa Timur, Indonesia, malam Selasa, selamat tiba di Advance Cargo Centre (ACC), MAS Kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Rabu.

Jasad mendiang yang tiba pada pukul 2.30 petang dengan penerbangan MH 870 dari Surabaya, disambut beberapa anggota keluarganya yang begitu sebak melihat jasad itu.

Pereira, 23 penuntut Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya, Malang, dilaporkan ditetak dengan senjata tajam ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya di luar rumah sewanya di bandar Malang, Jawa Timur pada malam Selasa.

Turut mengiringi jasad mendiang yang akan dibawa ke rumahnya di Taman Klang Jaya, Klang, Selangor, adalah wakil Kementerian Pengajian Tinggi dan wakil Kedutaan Indonesia di Malaysia.

Sebanyak 173 penuntut Malaysia kini mengikuti pengajian di Malang dan daripada jumlah itu, 161 adalah di Universiti Brawijaya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan