Hungary Akan Buka Semula Kedutaannya Di Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Hungary sudah bersedia untuk membuka semula kedutaannya di sini yang ditutup pada 2009 sebagai usaha meningkatkan hubungan antara Kuala Lumpur dan Budapest, kata Menteri Luarnya, Dr Janos Martonyi.

Katanya Kedutaan Hungary di Kuala Lumpur yang terletak di Menara Tan & Tan di Jalan Tun Razak, ditutup berikutan kekangan kewangan akibat krisis ekonomi global pada 2009.

"Kami amat percaya bahawa kami telah memulakan suatu bab baru dalam hubungan dua hala kami," katanya pada sidang media bersama selepas mengadakan kunjungan terhadap rakan sejawatnya Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra di sini pada Selasa.

Martonyi, yang mengetuai delegasi lima anggota itu, sedang dalam lawatan dua hari ke Malaysia sejak semalam dan mengadakan mesyuarat dua hala bagi membincangkan bidang kepentingan bersama.

Kemudian, Anifah berkata beliau dimaklumkan bahawa Kedutaan Hungary akan dibuka semula tidak lama lagi. "Dia (Martonyi) kata Malaysia antara negara terpenting di rantau ini. Dia akan membuat laporan selepas kembali ke Hungary dan pembukaan semula kedutaan perlu melalui proses tertentu," katanya.

Kedutaan Hungary mula diwujudkan di Malaysia pada 1991 dan kedua-dua negara itu menjalinkan hubungan diplomatik sejak 1969.

Terdahulu itu, Anifah berkata Malaysia akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama dengan Hungary khususnya dalam bidang pendidikan, pelancongan dan sukan.

"Mengenai pendidikan, kedua-dua kementerian sedang memuktamadkan perjanjian dan berharap untuk memeterainya secepat mungkin," katanya.

Dalam sektor pelancongan, Anifah berkata Malaysia dan Hungary berminat meneroka tarikan dan keunikan produk pelancongan di kedua-dua negara bagi memikat kedatangan lebih ramai pelancong.

"Kami juga menyentuh bidang sukan. Saya menjelaskan kepadanya bahawa ASEA Nsedang cuba untuk menjadi tuan rumah bola sepak Piala Dunia pada 2030. Oleh itu, dalam ketika membina sebuah pasukan mantap dan bidang lain dalam sukan seperti olahraga, Hungary maju dalam bidang ini dan kita boleh berkerjasama," katanya.

Sebagai kawan dan rakan yang boleh dipercayai, Anifah berkata Malaysia menawarkan diri sebagai pintu masuk penting kepada Hungary untuk bertapak di rantau ASEAN.

Malaysia dan Hungary mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM850 juta pada lapan bulan pertama tahun ini, iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus manakala tahun lepas jumlah perdagangan dicatatkan sebanyak RM1.1 bilion. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan