Hapus Undi Pos, Anggota Keselamatan Undi Luar Kem - Pembangkang

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembangkang mencadangkan agar pengundi di kalangan anggota keselamatan seperti tentera dan polis menjalankan proses pengundian sama seperti pengundi awam di pusat mengundi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli berkata, anggota tentera dan polis perlu menjalankan pengundian di luar kem mahupun balai polis bagi memudahkan proses pemantauan dibuat oleh calon dan ejen calon pilihan raya terutama dalam memastikan ketelusan sistem sedia ada.

Menurut beliau, kaedah berkenaan dapat dilaksanakan sekiranya SPR memansuhkan sistem pengundian pos dan digantikan dengan cara pengundian awal.

"Jika dibuat pengundian awal, kita cadangkan supaya pengundian anggota tentera dan polis tidak lagi dilakukan dalam kem dan balai polis.

"Ini kerana bila dibuat pengundian awal, mereka (tentera dan polis) dapat datang sendiri dan secara langsung layak untuk mengundi di kawasan-kawasan yang ditetapkan oleh SPR," katanya di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian merujuk kepada sistem sedia ada apabila ejen dan calon perlu mendapatkan kebenaran daripada Komandan Kem atau Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah sebelum membuat pemantauan di tempat urusan pengeluaran, pengundian, pembukaan dan pengiraan undi pos diadakan.

Menurut Hatta, penglibatan pihak lain selain SPR dalam urusan berkenaan menyukarkan perjalanan proses pilihan raya.

"Apabila ada pihak lain yang boleh mengawal urusan pilihan raya, maka kita akan berhadapan dengan masalah pengundian pos dalam kem.

"Kita terpaksa rujuk kepada pihak lain untuk pantau undi pos. Jadi siapa sebenarnya yang berkuasa dalam mengendalikan pilihan raya?," katanya.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke turut mendakwa bahawa sistem sedia ada begitu lemah apabila tiada kerjasama di pihak tentera dan polis terutama dalam urusan memberi kebenaran memasuki premis ATM dan PDRM.

"Nak masuk kem atau balai kena dapatkan kebenaran daripada komandan atau ketua polis, ini tak sepatutnya berlaku kerana sebagai calon atau ejen, ia adalah hak kita untuk memantau proses pilihan raya.

"Apakah akan berlaku kalau pihak kem tak beri kebenaran? Ini akan timbulkan pelbagai masalah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan