Hanya Produk Pertanian Tempatan Di Pasar Tani Mulai 2015

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mulai 2015, lebih 20,000 peniaga pasar tani di seluruh negara hanya dibenarkan menjual produk pertanian tempatan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Beliau berkata selain mempromosikan produk tempatan, langkah itu bertujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat serta membantu meningkatkan pendapatan golongan petani.

"Kita minta menjelang 2015 semua peniaga pasar tani mesti menjual barang yang dikeluarkan oleh tempatan...tidak boleh lagi hendak menjual barang import," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Delivery Task Force (DTF) berkaitan Kos Sara Hidup di Parlimen, di sini, Rabu. Mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala.

Noh berkata sebagai permulaan, seramai 3,000 peniaga pasar tani dikenal pasti untuk menjadi perintis di bawah program perladangan kontrak bagi meningkatkan jumlah tujuh hasil tanaman keperluan masyarakat tempatan.

Katanya petani di bawah program itu akan diberi pinjaman sebanyak RM10,000 bermula awal tahun depan, bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti pertanian secara perladangan kontrak. "Kita akan senaraikan tanaman untuk 3,000 orang...tujuh jenis tanaman yang biasa kita makan seperti cili, kangkung, sawi, bayam, kacang bendi.

Kata Noh kerajaan telah memperuntukkan RM14 juta untuk tujuan perladangan kontrak di dalam Belanjawan 2012, dan kementerian akan mendapatkan peruntukan tambahan daripada Agrobank (RM10 juta) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (RM10 juta) untuk memperluaskan program itu. Bagaimanapun, Noh berkata negara masih memerlukan produk pertanian import khususnya ketika musim perayaan atau ketika kekurangan bekalan akibat bencana seperti banjir, kemarau atau gejala penyakit.

"Kita akan tetap mengimport pada masa-masa tertentu macam musim perayaan tapi kita akan kawal kemasukan hasil produk import sebab kita hendak pastikan produk pertanian tempatan mendapat sambutan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan