Bung Mokhtar Gelisah Sidang Dewan Rakyat Hingga Larut Malam

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat yang berlarutan sehingga lewat malam sejak tirai dibuka pada 3 Oktober lepas akhirnya menimbulkan rasa gelisah di kalangan anggota Parlimen.

Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berkata anggota Parlimen seolah-oleh dikerah bekerja lebih masa dan tidak mengikut waktu pejabat seperti orang lain.

"Kita masuk dewan 10 pagi, balik 10.30 malam. Orang lain ikut waktu pejabat, kita tidak ikut. Elaun tidak juga naik. Ini yang masalah," katanya selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop mengusulkan peraturan mesyuarat agar persidangan hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bertindak selaku speaker pada ketika itu berkata bukan sahaja anggota Parlimen yang pulang lewat malah beliau dan dua orang timbalan speaker lain turut terlibat.

Katanya persidangan tidak akan berlarutan sehingga lewat malam sekiranya wakil-wakil rakyat boleh berhujah dengan penuh disiplin dan tidak 'mencuri' masa lebih dari yang ditetapkan.

"Kalau kita kata 10 minit, 10 minitlah tak payah diingatkan. Kalau masing-masing ikut peraturan itu kita semua akan balik awal. Saya pun impi untuk balik awal," katanya sambil disambut dengan ketawa oleh beberapa wakil rakyat sebelum Dewan berhenti rehat untuk makan tengah hari. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan