Acara Tahunan Putrajaya Sailing Week 11-13 Nov

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Orang ramai berpeluang menyaksikan aksi hebat 23 pasukan kapal layar dan peserta antarabangsa dari pelbagai negara berentap dalam acara tahunan Putrajaya Sailing Week 2011 yang akan berlangsung pada 11 hingga 13 November ini.

Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam Zaharah Salamat berkata acara tersebut yang dianjurkan oleh Kelab Tasik Putrajaya dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya serta pelbagai pihak akan diadakan di Kompleks Sukan Air, Presint 6 di sini. "Untuk memeriahkan lagi acara ini, pelbagai aktiviti sampingan akan diadakan sepanjang acara ini berlangsung. Antaranya pertandingan fotografi remaja, pertandingan dragon boat, games show, pertandingan perahu dan pertandingan perahu layar kawalan jauh," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata selain pertandingan karaoke serta penampilan istimewa kartunis tersohor Gayour, kombo Perbadanan Putrajaya juga akan membuat persembahan pada 13 November nanti.

Menurutnya acara tahunan Putrajaya Sailing Week 2011 yang telah dianjurkan semenjak empat tahun lalu diadakan bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti sukan dan rekreasi di Tasik Putrajaya di samping memperkukuhkan lagi imej sebagai lokasi yang ideal bagi sukan dan rekreasi dan air di rantau ini.

"Untuk keterangan lanjut mengenai acara ini sila hubungi Kelab Tasik Putrajaya di talian 03-88895008 atau layari laman web www.ppj.gov.my. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan