25,000 Dijangka Hadir Rumah Terbuka Deepavali - Berita Semasa | mStar

25,000 Dijangka Hadir Rumah Terbuka Deepavali

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seramai 25,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Jawa di sini, Khamis.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata Jabatan Penerangan selaku penganjur akan menyediakan pelbagai jenis hidangan yang menampilkan konsep 1Malaysia untuk para tetamu.

Katanya acara kemuncak majlis bermula 8 malam dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Presiden MIC Datuk G.Palanivel akan turut menghadirinya.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program Kembara Jalinan Kasih (KJK) Deepavali 2011 dan Sukarelawan Komuniti 1Malaysia (K1M) peringkat negeri Selangor di sekolah tersebut hari ini, Maglin berkata seramai 200 orang terpilih akan menerima sumbangan Deepavali dalam bentuk hamper manakala pelajar menerima sumbangan komputer riba 1Malaysia. K1M merupakan sebuah badan sukarela diwujudkan di setiap kawasan Parlimen di negara ini yang mempunyai pelbagai kemahiran membantu golongan kurang berkemampuan menerusi aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Selepas majlis pelancaran KJK, Maglin mengetuai konvoi Kembara KJK yang disertai 33 buah kenderaan untuk menyampaikan bantuan makanan dan barangan keperluan kepada golongan kurang bernasib baik di sekitar Kampung Dagang Jati.

Turut menyertai konvoi ialah Ketua Pengarah Penerangan, Ibrahim Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Penerangan, Datuk Poziah Abdul Rahman.

Maglin turut melawat sebuah rumah milik seorang pekerja kilang, S. Mani Megamalai yang dibaik pulih oleh peserta program kembara itu di Kampung Dagang Jati yang melibatkan kos sebanyak RM5,000.

Program Konvoi Kembara KJK selama tiga hari yang berakhir esok akan menjelajah kawasan Parlimen Kota Raja untuk menyampaikan bantuan makanan dan barangan keperluan kepada 125 buah keluarga yang antara lain terdiri daripada fakir miskin, ibu tunggal dan pesakit kronik di Taman Sentosa Fasa B, Kampung Jawa dan Kampung Teluk Menegun. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan