PTPTN Perhalusi Semula Cadangan Biaya Yuran Pengajian Sahaja

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUPR: Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) akan memperhalusi semula cadangan pemberian pembiayaan berasaskanb kadar yuran sahaja bermula 2013 selepas mendapat pandangan dan persetujuan daripada pelbagai pihak.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata cadangan berkenaan hanya akan dapat dilaksanakan selepas ia diluluskan oleh kerajaan serta mempunyai dana yang cukup bagi melaksanakannnya.

"PTPTN mengambil maklum bahawa cadangan ini akan memberi kesan langsung kepada keluarga pelajar yang kurang berkemampuan.

"Kita hanya akan memberikan pembiayaan yuran pengajian dan bukannya kos perbelanjaan harian sekiranya cadangan tersebut mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

"Ia akan dibawa ke peringkat KPT untuk diteliti dan seterusnya akan dibentangkan di Kabinet untuk pertimbangan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Selain itu Ismail berkata, sehingga cadangan itu belum dimuktamadkan, PTPTN akan terus melaksanakan dasar sedia ada iaitu dengan terus memberi pinjaman bagi pembiayaan yuran pengajian dan kos sara hidup.

"Belum ada kata muktamad...apa yang penting dasar sedia ada akan kita laksnakan seperti biasa sehingga kita putuskan kelak," katanya.

Dalam pada itu Ismail berkata, PTPTN akan terus menggalakkan agensi korporat menyediakan bantuan kewangan 'endowment' sebagai bantuan kepada pelajar miskin.

"Bantuan kewangan seumpama ini sememangnya telah dilaksanakan secara terus kepada institusi pengajian tinggi atau pelajar, namun dengan pembabitan PTPTN ia diharapkan mampu menjadi budaya agensi korporat untuk bersama dengan kerajaan menampung beban kewangan bagi tujuan pengajian tinggi di masa hadapan," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan