Polis Ambil Keterangan Penganjur Program Seksualiti Merdeka

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan seorang daripada penganjur program kontroversi 'Seksualiti Merdeka 2011' di pejabat Tenaganita, di sini, Isnin.

Empat anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields mengambil keterangan Pang Khee Teik kira-kira 4 petang tadi. Turut diambil keterangan ialah bekas presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga serta aktivis wanita Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez.

Pang ketika ditemui pemberita, berkata beliau turut menyerahkan sepucuk surat kepada anggota polis berkenaan untuk disampaikan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

"Kami memohon untuk bertemu Ketua Polis Negara bagi menjelaskan matlamat kami dan juga menunjukkan kami tidak lakukan apa yang didakwa media," kata Pang.

Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir yang turut berada di pejabat Tenaganita, mempertahankan penganjuran program itu dengan alasan program bertujuan mempertahankan hak asasi manusia.

"Dua tahun lepas saya melancarkan program ini, namun tidak timbul sebarang masalah...sebenarnya program itu bertujuan memberi pendidikan kepada kumpulan yang terpinggir," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan