Pintu Alur Limpah Projek Elektrik Hidro Bakun Mula Beroperasi Jumaat - Berita Semasa | mStar

Pintu Alur Limpah Projek Elektrik Hidro Bakun Mula Beroperasi Jumaat

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pintu alur limpah projek elektrik hidro Bakun akan mula beroperasi pada Jumaat selepas pintu alur limpah dan semua kerja berkaitan selesai, kata Pengarah Urusan Sarawak Hidro Zulkifle Osman.

Beliau berkata pintu alur limpah itu yang akan kekal dibuka hingga satu waktu kelak, beroperasi secara perlahan-lahan agar paras air meningkat beransur-ansur dan tidak memberi kesan kepada orang yang tinggal di atau berdekatan Batang Rajang.

"Paras air di Batang Rajang akan kembali normal, yang sepatutnya memastikan lalu lintas sungai dan aktiviti berkaitan lain boleh beroperasi semula sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Walaupun pembukaan dan operasi pintu alur limpah tidak perlu dibimbangi oleh pengguna-pengguna sungai tersebut, mereka dinasihatkan tidak berada di kawasan berdekatan alur limpah itu kerana terdapat kemungkinan berlaku pusaran dan gelombang air, katanya.

Zulkifle berkata projek elektrik hidro Bakun itu mempunyai lapan penjana turbin yang boleh menghasilkan 2,400 megawatt elektrik sebaik sahaja ia beroperasi penuh.

"Dua unit penjanaan sedang dalam operasi komersil dan yang ketiga akan menjalani ujian daya tahan tidak lama lagi," katanya sambil menambah unit-unit lain sedang berada di pelbagai peringkat pemasangan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan