Perkara 48 (6) Perlembagaan Persekutuan Tidak Akan Dimansuh

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan memansuhkan Perkara 48 (6) Perlembagaan Persekutuan yang menghalang seseorang wakil rakyat bertanding semula dalam tempoh lima tahun selepas meletak jawatan bagi memastikan amalan sistem demokrasi di negara ini terus terjamin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew berkata, kerajaan berpandangan undang-undang berkenaan masih releven pada ketika ini terutamanya bagi mengelakkan pembaziran yang tidak menguntungkan rakyat.

"Perkara 48 (6) adalah releven pada ketika ini dan akan dikekalkan.

"Jika ia dimansuhkan, maka akan menjejaskan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan bersedia dengan sokongan pembangkang untuk memansuhkan Perkara 48 (6) untuk memberi semangat dan inti pati kepada proses demokrasi.

Perkara 48 (6) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan larangan kepada mana-mana wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang meletak jawatan daripada bertanding semula dalam tempoh lima tahun.

Menjelas lanjut Liew berkata, pemansuhan fasa berkenaan akan menggalakkan wakil rakyat menjalankan agenda politik masing-masing.

"Kewujudan fasa ini juga dapat memastikan wakil rakyat tidak menyalahgunakan undang-undang bagi menjalankan agenda politik mereka untuk menguji atau membuktikan populariti yang pada keseluruhannya tidak memberi apa-apa faedah kepada rakyat.

"Ia juga diadakan bagi mengelakkan apa-apa pembaziran wang berlaku," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan