Penggantungan Operasi Monorel Melaka Sementara - SPAD

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penggantungan operasi perkhidmatan monorel Melaka selama sebulan mulai Sabtu lalu adalah bersifat sementara dan tidak semestinya perkhidmatan itu dihentikan untuk tempoh tersebut.

Arahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menghentikan operasi itu selama sebulan adalah bagi memberi masa yang cukup kepada pengendali perkhidmatan itu melakukan kerja-kerja teknikal bagi memenuhi keperluan keselamatan.

Ketua Pegawai Operasi SPAD, Azhar Ahmad berkata sekiranya pengendali dapat memenuhi syarat-syarat tersebut dalam masa kurang 30 hari, maka Monorel Melaka boleh beroperasi seperti biasa.

"Ini bermaksud, jika pengendali dapat memenuhi syarat-syarat keselamatan dalam masa satu minggu, maka mereka boleh meneruskan perkhidmatan pada minggu hadapan", katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata keputusan untuk menghentikan perkhidmatan itu dilakukan setelah mengambil kira syor dan cadangan dari pakar dan ahli profesional dari bahagian kejuruteraan berteraskan kepentingan dan keselamatan pengguna awam.

"Pemeriksaan mendapati wujud beberapa perkara yang perlu diberi perhatian serius sebelum Monorel Melaka dibenarkan untuk beroperasi semula.

"Antaranya penyediaan pelan tindakan kecemasan jika berlaku sebarang kejadian ketika beroperasi serta melakukan pengalih bahasa ke atas semua dokumen berkaitan monorel tersebut, dari bahasa Cina ke Bahasa Melayu atau Inggeris," tambah beliau.

Pada 1 November lepas dua pelancong Britain melalui detik cemas dibawa turun melalui tangga setinggi lima meter selepas terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak apabila perkhidmatan itu terhenti secara tiba-tiba pada 1.09 tengah hari.

Perkhidmatan monorel berkenaan berhenti hanya setelah 20 meter selepas meninggalkan Stesen Hang Jebat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan