Malaysia Diberi Penghormatan Oleh Arab Saudi

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Malaysia diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan pada satu majlis makan malam tahunan di sini malam tadi bagi mewakili jemaah haji dari seluruh dunia yang menunaikan haji di tanah suci musim ini.

Majlis di Istana Mina petang semalam itu (lewat malam di Malaysia) dihoskan oleh Putera Mahkota Arab Saudi yang baru dilantik, Putera Naif bin Abdulaziz Al Saud, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom diberi penghormatan menyampaikan ucapannya dalam bahasa Arab pada majlis itu sejurus selepas majlis mendengar ucapan Menteri Haji Arab Saudi dan pemimpin badan Liga Islam Sedunia.

Majlis yang diadakan setiap tahun pada hari kedua Aidiladha itu bertambah manis bagi Malaysia, apabila ia turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang daripada pemimpin negara-negara Islam yang dijemput oleh kerajaan Arab Saudi.

Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Jamil Khir berkata kira-kira 2,000 tetamu yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin negara yang menjadi jemputan kerajaan Arab Saudi dan seluruh jentera pentadbiran pengurusan ibadah haji Arab Saudi hadir pada majlis itu. Pemimpin-pemimpin Islam berkenaan berada di sini untuk bersama tiga juta umat Islam dari seluruh dunia bagi mengerjakan ibadat haji tahun 1432 hijrah.

Antara orang kenaam dari Malaysia yang turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Jamil Khir memuji pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan Arab Saudi untuk memberi kemudahan dan keselesaan di samping menjamin keselamatan semua jemaah dari seluruh dunia yang berada di sini untuk menunaikan ibadah haji.

Katanya contoh ketara yang dapat dilihat ialah daripada segi usaha kerajaan Arab Saudi membesarkan Masjidil Haram, sistem pengangkutan Arafah-Mina yang disiapkan sepenuhnya tahun ini, dan menara jam untuk kemudahan kiblat jemaah haji sekitar kota Mekah.

Menurutnya kemudahan infrastruktur yang disediakan di jamrat cukup mengagumkan apabila semua tiga juta umat islam dapat mengerjakan ibadat melontar dengan sempurna dalam tempoh yang cukup terhad.

Satu lagi perkara yang disentuh oleh Jamil Khir dalam ucapannya itu ialah daripada segi kebersihan persekitaran kota Mekah, kota Madinah dan tempat-tempat bersejarah di sekitarnya yang kini kelihatan semakin bertambah baik dan teratur.

Jamil Khir mewakili seluruh rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada Putera Mahkota Naif kerana dilantik ke jawatan penting dalam negara.

Beliau berkata rakyat Malaysia sentiasa menganggap Arab Saudi sebagai rakan yang cukup akrab. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan