Lebih RM580 JUTA Disalur Sebagai Insentif Pengeluaran Makanan Bagi 2008-2010

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM581.752 juta disalurkan melalui Pemberian Insentif Pengeluaran Makanan bagi tempoh 2008 hingga 2010, semasa negara menghadapi krisis makanan dan bagi meringankan beban petani.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata pemberian menerusi Dasar Jaminan Bekalan Makanan itu dibahagikan kepada sektor tanaman makanan, ternakan dan perikanan.

Bayaran insentif pengeluaran tanaman makanan (sayur-sayuran dan buah-buahan) pada tahun 2009 bagi tuntutan 2008 adalah RM116.9 juta, manakala RM47.3 juta dibayar bagi insentif tuntutan tahun 2009, katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

"Bagi sektor ternakan, RM208 juta diberikan pada tahun 2009 bagi tuntutan 2008, dan RM84.15 bagi tuntutan tahun 2009. Untuk sektor perikanan, RM108.84 juta diberikan kepada 7,594 tuntutan tahun 2008, dan RM16.56 juta kepada 706 tuntutan tahun 2009," katanya.

Beliau menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) yang ingin tahu jumlah insentif pertanian yang dikeluarkan pada 2009 dan 2010 serta sejauh mana insentif meningkatkan hasil pertanian.

Noh berkata hasil pengeluaran akuakultur meningkat 19.7 peratus pada 2009 berbanding 2008, telur 6.4 peratus, buah-buahan 6.4 peratus, beras 4.6 peratus, daging lembu/kerbau (10.3 peratus) dan susu (10.9 peratus).

Selain itu, beliau berkata insentif padi diteruskan dengan lebih RM400 juta diberi untuk meneruskan Dasar Bekalan Makanan. Elaun sara hidup bulanan nelayan juga masih diteruskan, katanya.

Noh turut berkata Malaysia tidak bercadang menjadi negara pengeksport daging khinzir walaupun hasil pengeluaran melebihi kegunaan sendiri.

"Tetapi menjelang perayaan Tahun Baru Cina misalnya, kita benarkan ia diimport dari negara luar supaya boleh seimbangkan harga daging khinzir tempatan yang biasanya akan dijual pada harga lebih tinggi," katanya menjawab soalan tambahan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam). - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan