Institut Bioteknologi Ditubuh Pacu Penyelidikan Bidang Herba

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) akan ditubuhkan tahun depan dalam usaha memperluas pasaran herba di peringkat antarabangsa,persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof berkata institut itu akan menggabungkan tiga entiti iaitu Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (Ipharm), Institut Genom Malaysia dan Institut Agrobioteknologi Malaysia untuk menjalankan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan herba.

"Usaha NIBM akan menggabungkan kementerian dan agensi yang terlibat dalam R&D berkaitan herba termasuk Kementerian Kesihatan dalam bidang farmaseutikal, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk aktiviti huluan.

"Selain itu, Kementerian Pengajian Tinggi untuk melahirkan sumber manusia yang pakar dalam bidang tertentu khususnya penghasilan ubat-ubatan," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ir Hamim Samuri (BN-Ledang) tentang usaha kementerian meneroka pasaran herba di seluruh dunia dan menjana pendapatan lebih besar kepada negara.

Fadillah berkata NIBM bukan sahaja akan menyediakan infrastruktur asas dalam projek R&D herba tetapi turut meneroka bidang-bidang sokongan lain untuk diperluaskan di peringkat antarabangsa.

Katanya pada masa ini, industri herba hanya menyumbang kepada bidang nutraseutikal (pencegahan penyakit), kecantikan dan sebagai makanan tambahan tetapi belum sampai ke tahap farmaseutikal (ubat untuk menyembuh penyakit).

Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Hamim mengenai kemajuan industri herba dan potensi menyumbang kepada aspek kesihatan rakyat, Fadillah berkata Ipharm ditubuhkan untuk membangunkan herba sebagai bahan ubat-ubatan melalui fasa-fasa kajian klinikal. Sebanyak 10 syarikat telah diberikan status Bionexus oleh BiotechCorp sehingga 31 Okt lepas, katanya.

Jumlah pelaburan yang diluluskan untuk syarikat-syarikat ini adalah RM237,960,163 dan telah memperoleh pendapatan sebanyak RM55,407,792 serta mewujudkan 206 peluang pekerjaan, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan