Ibu Pasangan Kembar Ahmad Dan Muhammad Meninggal Dunia Akibat Barah - Berita Semasa | mStar

Ibu Pasangan Kembar Ahmad Dan Muhammad Meninggal Dunia Akibat Barah

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Ibu kepada pasangan kembar Ahmad dan Muhammad Rosli, Aisah Kandar, 35, meninggal dunia di Hospital Putrajaya pagi Isnin selepas setahun bertarung dengan barah payu dara. Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Haji Dorani di sini selepas Zohor.

Rosli Abdul Rahim, 40, bapa kepada pasangan kembar berusia 13 tahun itu, berkata beliau akan menunaikan amanah untuk menjaga lima anaknya termasuk Ahmad dan Muhammad sebaik mungkin seperti dilakukan arwah sebelum ini. "Pesanan terakhirnya ialah supaya saya tabah dalam membesarkan anak-anak.

"Saya akan ambil semangat isteri yang tidak pernah tunjuk sakit depan anak-anak walaupun beliau menderita kesakitan, termasuk terlantar tidak boleh bergerak sejak dua bulan lepas," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini. Ahmad dan Muhammad mendapat perhatian media kerana dilahirkan bercantum pada bahagian dada dan punggung pada 1998, sebelum menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi, pada September 2002.

Ahmad, selaku abang sulung kepada adik-adiknya, berkata dia akan selalu ingat pesanan arwah ibu supaya belajar bersungguh-sungguh dan menjaga adik-adiknya. "Saya sedih sebab ibu pergi ketika Hari Raya Aidiladha, tapi bersyukur kerana sempat bacakan surah Yasin untuk ibu bersama Muhammad malam tadi.

"Saya bercita-cita menjadi seorang arkitek dan adik (Muhammad) mahu jadi pelukis. Kami akan berusaha mencapai impian seperti janji kami kepada arwah ibu," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan