Anwar Pertahan Hak Seksualiti Merdeka

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mempertahankan hak kumpulan penganjur dan penyokong program kontroversi 'Seksualiti Merdeka 2011' apabila menyifatkan ia sebagai medan perbincangan bagi golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT) terutama dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan.

Beliau pada masa yang sama turut membidas beberapa pihak yang membantah penganjuran program itu terutamanya secara berterusan menghina penganjur serta individu yang terlibat.

"Kenapa kita nak menghukum mereka di atas hal-hal yang mereka tidak sebut? Kita bantah cara kumpulan berkenaan (LGBT) dimalukan dan dihina.

"Pendekatan kita sebaiknya mendekati dan memberi penjelasan kepada mereka, tapi bukannya dengan mencerca," katanya di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Sebelum ini polis mengharamkan semua aktiviti dalam program Seksualiti Merdeka 2011 yang didakwa dianjurkan bagi menuntut kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang termasuk yang diadakan secara tertutup berikutan bantahan pelbagai pihak.

Malah pihak polis turut mengambil keterangan empat individu termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga bagi membantu siasatan.

Ambiga yang juga Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sebelum ini turut mengesahkan bersetuju merasmikan program itu esok (Rabu) atas kapasiti peribadi.

Mengulas lanjut Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan parti itu bagaimanapun tidak menyokong penganjuran program berkenaan.

Menurutnya PKR dengan jelas tidak bersetuju dengan penganjurannya kerana bertentangan dengan ajaran Islam.

"Saya dah sebut bahawa kita tak sokong dan tak sertai program itu.

"Tapi kenapa serang dan layan Ambiga seperti penjenayah? Sokong ataupun tidak bukan lagi isu, tapi isunya ialah serangan kepada golongan berkenaan (LGBT).

"Kalau ada melibatkan orang yang beragama Islam, pihak berkuasa agama perlu dekati dan beri nasihat kepada mereka," katanya.

Selain itu Anwar mendakwa, liputan yang keterlaluan oleh media tertentu berkaitan program berkenaan bertujuan menutup kelemahan dan masalah lain yang berlaku dalam negara.

"Ini semua sengaja dibuat bagi menutup permasalahan lain. Nak alih pandangan daripada isu-isu besar yang lain.

"Jadi kita amat bimbang kerana ia mungkin akan mendorong golongan yang membantah untuk menyerang kumpulan ini (LGBT)," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan