600 Sekolah Daif Dibaik: Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada RM500 juta yang diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran untuk menambah baik sekolah kebangsaan tahun depan akan digunakan untuk memperbaiki segera infrastruktur di 600 sekolah kebangsaan seluruh negara yang telah usang dan memerlukan bantuan segera. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sekolah-sekolah berkenaan dikenal pasti hasil daripada proses audit fizikal yang dilaksanakan pertama kali tahun ini untuk mengenal pasti kedudukan sebenar infrastruktur semua sekolah. "Saya telah putuskan bahawa daripada RM500 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2012 bulan lalu untuk penambahbaikkan sekolah kebangsaan, sebahagian besar peruntukan digunakan untuk membaiki sekolah yang telahpun kita senaraikan sebagai sekolah yang begitu daif.

"Ini penting untuk kita menentukan supaya mutu pembelajaran di sekolah itu tidak merosot hanya dengan keadaan sekolah itu yang uzur dan kurang selamat serta perlu dibaiki," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog terbuka bersama 50 graduan universiti yang terpilih untuk menyertai program "Teach For Malaysia" (Teach) di sini, Selasa.

Mengulas mengenai proses audit fizikal itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kementerian pernah melaksanakan proses berkenaan tetapi ia hanya dilaksanakan secara ad-hoc tetapi kini ia dijalankan secara menyeluruh.

"Kita hendak tahu kedudukan sekolah yang ada di seluruh negara, bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi melihat keperluan tambahan seperti tambahan bilik, kelas dan bilik guru," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin menjawab beberapa soalan daripada 50 graduan Teach yang dikenali sebagai "fellow" yang akan ditempatkan di 17 sekolah yang memerlukan guru di tiga buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengajar subjek penting seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Geografi.

Kepada soalan mengenai bagaimana menjadi seorang guru yang membawa perubahan besar kepada kejayaan sekolah, Muhyiddin berkata ia bergantung kepada kesanggupan guru itu sendiri untuk melakukan perubahan. "Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mengajar pelajarnya mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan kerajaan sebaliknya perlu membentuk keperibadian dan pemikiran pelajarnya menjadi modal insan yang unggul untuk negara," katanya.

Untuk mencapai matlamat itu, beliau berkata seorang guru mesti sanggup bekerja melangkaui jadual kerjanya dan berusaha mengilhamkan pendekatan mendampingi pelajar mereka dengan cara yang kreatif dan inovatif.

"Kita harap guru tidak hanya tertumpu kepada tugas yang tersenarai dalam jadual kerja mereka. Jika mereka boleh mengemukakan cara-cara yang lebih inovatif, maka penilaian mereka adalah jauh lebih baik daripada guru yang tidak berinovatif," katanya.

Kumpulan 50 orang graduan itu merupakan kohort sulung program anjuran Yayasan Teach yang dipilih daripada 900 pemohon.

Mereka adalah lulusan universiti antaranya Universiti Malaya, Universiti Help, Harvard University, University of Cambridge dan University of Melbourne.

Mereka akan ditempatkan di sekolah-sekolah tertentu dan mengajar sekurang-kurangnya selama dua tahun dalam usaha menghapuskan jurang pendidikan melalui kerjasama yayasan dengan kementerian serta sokongan beberapa syarikat korporat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan