52 Calon Berminat Dengan Kerusi DUN Bukit Melawati

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: 52 ahli Parit Keadilan Rakyat telah menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati pada pilihan raya umum (PRU13).

Kerusi panas itu mula menjadi rebutan apabila ada khabar angin yang menyatakan bahawa penyandangnya, Muthiah Pillay, 63, tidak akan mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU akan datang.

Daripada 52 calon berkenaan, kira-kira 30 daripadanya telah menghantar surat rasmi ke ibu pejabat PKR untuk menawarkan diri masing-masing sebagai calon.

Sementara itu sumber dalaman parti berkata seorang pemimpin kanan parti itu dikatakan berminat untuk meletakkan anak perempuannya bertanding di kerusi berkenaan.

Walaupun Bukit Melawati di lihat sebagai kerusi bagi kaum India, namun calon-calon yang telah menawarkan diri terdiri daripada pelbagai bangsa.

Dia berkata, khabar angin untuk merebut kerusi berkenaan bermula apabila terdapat usaha untuk menyingkirkan Muhtiah kerana beliau di lihat sebagai seorang wakil rakyat yang tidak tegas serta kurang memperjuangkan hak rakyat di kawasannya.

Bukan itu sahaja, Muthiah juga dikatakan tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya tidak akan menuntut untuk bertanding di kerusi berkenaan kerana ia bertentangan dengan prinsip saya kerana pada pendapat saya ia hak pimpinan tertinggi parti untuk memilih calon yang sesuai,” kata Muthiah.

Bukan itu sahaja, beliau berkata ada juga khabar angin yang mendakwa dia sedang menghidap penyakit kesihatan yang serius.

“Ada orang telah bertanya kepada saya, adakah benar saya sedang sakit dan saya dalam nada bergurau berkata saya hendak macam hendak mati,” katanya.

Muthiah yang merupakan seorang jurutera professional berkata beliau tidak pernah melobi untuk bertanding pada pilihan raya umum 1995.

Namun beliau telah memenangi kerusi DUN Pasir Panjang, Lumut di bawah tiket Barisan Nasional (BN).

“Ketika itu pun saya tidak pernah meminta supaya dipilih sebagai calon namun MIC telah memilih saya,” kata bekas Pemuda MIC pada 1996-1999.

Beliau bagaimanapun meninggalkan MIC dan menyertai PKR pada 2006.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan