Kementerian Luar Tarik Balik Nasihat Perjalanan Ke Timur Laut Jepun

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar hari ini menarik balik nasihat perjalanan yang tidak menggalakkan rakyat Malaysia mengadakan perjalanan yang tidak perlu ke kawasan timur laut Jepun, memandangkan situasi yang semakin pulih di kawasan berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra bagaimanapun tetap menasihati rakyat Malaysia agar mengelakkan perjalanan ke kawasan lingkungan 30 kilometer dari Pusat Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi dan sentiasa mematuhi zon larangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Jepun.

Rakyat Malaysia turut dinasihati agar sentiasa berhati-hati dan peka terhadap sebarang arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun yang berkaitan.

Mereka diminta mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo yang boleh dihubungi melalui talian 81-3-34763840. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan