Cadangan PTPTN Tidak Lagi Beri Pinjaman Bukan Muktamad

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mencadangkan untuk tidak memberi pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam di masa akan datang bukan satu keputusan muktamad, kata pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said.

Beliau berkata ia adalah satu cadangan yang akan dikemukakan kepada kerajaan memandangkan perbadanan mengeluarkan peruntukan besar setiap tahun kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

"Ia juga salah satu usaha untuk mengatasi bebanan kewangan yang terpaksa dihadapi perbadanan tersebut kerana ramai bilangan peminjam yang tidak menjelaskan bayaran pinjaman mereka, bagaimanapun pinjaman pembiayaan yuran pengajian tetap diteruskan," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PTPTN pada 31 Oktober lepas membuat cadangan supaya pinjaman perbelanjaan diberhentikan pada tahun 2013 untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu.

Ismail berkata keputusan mutlak mengenai cadangan itu hanya akan diputuskan kerajaan sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.

"Jika ia tidak dipersetujui, kita tidak akan melaksanakannya malah pinjaman tersebut akan diteruskan bagi kepentingan pelajar, jadi saya berharap ibu bapa dan pelajar tidak perlu bimbang mengenai perkara itu," katanya.

Ismail, yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau, berkata sehingga ini, sebanyak 1.87 juta pelajar telah mendapat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan RM41.60 bilion.

Pada tahun depan, katanya dijangka seramai 2.5 juta lagi pelajar akan memohon pinjaman PTPTN dan sehingga 31 September lepas, sebanyak RM2.74 bilion pinjaman telah dibayar balik oleh peminjam manakala pembayaran balik yang sepatutnya adalah RM6.2 bilion. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan