Banteras Pemerdagangan Kanak-kanak Guna DNA

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemerdagangan kanak-kanak global atas sebab mengambil anak angkat secara haram, pelacuran, buruh paksaan atau mengrekrut remaja bawah umur sebagai askar kanak-kanak, adalah satu masalah serius yang menjadi perhatian peringkat antarabangsa.

Menurut Pejabat Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) dianggarkan 1.2 juta kanak-kanak dipemerdagangkan pada setiap tahun dan 20 peratus mangsa pemerdagangan manusia yang dikesan adalah kanak-kanak.

Sehubungan itu, seorang saintis dari University of Granada, Sepanyol, Dr Jose A.Lorente mencadangkan satu program unik untuk membanteras jenayah ini menggunakan DNA pada 2004.

Ini kerana masalah pemerdagangan manusia sangat serius tetapi hanya dengan penguatkuasaan tidak dapat membanteras jenayah ini, menurut laman web UNODC www.unodc.org.

Program untuk Pengenalan Kanak-kanak (DNA-Prokids) merupakan sebuah program untuk membangunkan registri-registri DNA di seluruh dunia yang mengandungi ibu bapa dengan anak yang hilang atau diculik, kanak-kanak yang tidak berumah tinggal di jalan-jalan atau di rumah penempatan serta kanak-kanak yang ditemui di rumh anak yatim atau pusat penempatan anak angkat yang tidak sah.

DNA-Prokids melalui laman webnya www.dna-prokids.org, bertujuan mengenal pasti kanak-kanak yang hilang, kanak-kanak yang diculik dan tidak berumah, untuk disatukan dengan ibu bapa mereka serta menyediakan satu kaedah saintifik bagi agensi penguatkuasaan undang-undang dalam membantu membanteras pemerdagangan kanak-kanak.

"Program ini juga bertujuan mengumpul maklumat mengenai asal usul, laluan, dan cara jenayah ini (risikan polis), satu elemen utama untuk kerja-kerja pasukan polis dan sistem kehakiman.

"Bukan bertujuan untuk menghadkan skop penyelidikan terhadap jenayah domestik tetapi memperluaskan keputusan-keputusan di seluruh dunia bagi meningkatkan pembanterasan antarabangsa menentang pemerdagangan manusia," menurut laman web DNA-Prokids.

DNA-Prokids mempunyai lima objektif utama dalam membanteras pemerdagangan kanak-kanak dan yang pertama adalah untuk mempromosikan kerjasama antarabangsa dan sistematik dengan mewujudkan satu pangkalan data dengan maklumat genetik.

Objektif kedua adalah untuk memperbaiki pengkajian dan aplikasi bagi membolehkan polis dan sistem kehakiman menjalankan kerja-kerja pembanterasan lebih berkesan terhadap pemerdagangan manusia bagi kanak-kanak dan wanita.

Ia juga mencadangkan satu rangka kerja perundangan dan penyelesaian sosial serta masalah komunikasi yang menjejaskan pembanterasan secara berkesan terhadap pemerdagangan manusia, merupakan objektif ketiga.

Objektif keempat dan kelima adalah untuk menyediakan kerjasama bagi penyelarasan dan latihan pakar-pakar dalam pengenalan genetik dari negara-negara yang berlainan," menurut laman web itu.

Kini lapan negara mempunyai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan DNA-Prokids, Brazil, Guatemala, Indonesia, Mexico, Nepal, Filipina, Sri Lanka dan Thailand.

Malaysia dan lapan lagi negara, Colombia, El Salvador, Honduras, India, Korea, Paraguay, Peru dan Vietnam kini dalam proses merangka MOU dengan DNA-Prokids.

Sementara itu, satu pra-simposium mengenai DNA-Prokids akan diadakan sehari di sini yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Forensik Malaysia (FSSM) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Jabatan Kimia pada 14 November.

Dalam perkembangan berkaitan, Wakil Khas dan Penyelaras untuk Pembanterasan Pemerdagangan Manusia Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), Maria Grazia Giammarinaro berkata ramai kanak-kanak terdedah dengan aktiviti pemerdagangan.

Mereka termasuk budak lelaki dan perempuan daripada keluarga kekerasan atau tidak berfungsi, kanak-kanak penagih dadah, kanak-kanak mangsa keganasan rumah tangga, kanak-kanak yang ditinggalkan kerana ibu bapa berhijrah, anak-anak yatim dan kanak-kanak dalam institusi.

"Kanak-kanak yang terdedah ini sering menjadi perhatian pihak berkuasa awam pada sesetengah peringkat dan kita perlu berwaspada dan mengambil peluang untuk campur tangan dan mengukuhkan persekitaran perlindungan kanak-kanak," kata beliau dalam laman web UNODC. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan