Audit: KKLW Laksana Penambahbaikan

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sedang melaksanakan tindakan penambahbaikan keatas isu yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Ketua Setiausahanya Datuk Ibrahim Muhamad berkata antara penambahbaikan tersebut ialah memastikan arahan pematuhan panduan menu dan resepi makanan tambahan di Tadika/Taska Kemas yang telah dikeluarkan pada 25 Okt lepas.

"Manakala perancangan perolehan Multivitamin bagi tahun 2012 dilaksanakan lebih awal agar tidak berlaku kelewatan," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata sebagai langkah segera dan jangka panjang, KKLW telah menubuhkan pasukan pemantau untuk menjalankan audit pematuhan di Tadika/Taska Kemas.

Katanya pemeriksaan penyimpanan bahan makanan di setiap Tadika/Taska akan dibuat serta merta dan akan mengambil tindakan segera bagi setiap masalah yang timbul.

"Kementerian turut mewajibkan latihan dan kursus kepada guru dan Pembantu Pemaju Masyarakat dalam hal ehwal pengurusan aset dan stor," katanya.

Ibrahim berkata tindakan tatatertib akan diambil terhadap pegawai yang terbukti melakukan kecuaian dan kesemua pegawai pengurusan kewangan telah diwajibkan menghadiri latihan kecekapan dalam pengurusan kewangan.

Mengulas mengenai perolehan peralatan melebihi harga pasaran, beliau berkata KKLW akan bertindak meminta bayaran balik daripada pembekal terlibat dalam program Giatmara.

Katanya pembekal yang gagal melunaskan bayaran itu sebelum 30 Nov ini akan disenaraihitamkan dan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pegawai yang terlibat dalam perolehan itu.

"Laporan siasatan akan dikemukan kepada KKLW sebelum 25 Nov ini. Kajian pasaran akan dilaksanakan bagi setiap perolehan peralatan atau bahan yang akan digunakan untuk sesuatu program bagi memastikan ia benar-benar berpatutan dan menguntungkan kerajaan," katanya.

Mengenai Program Latihan Menjana Pendapatan, Ibrahim berkata pemilihan peserta akan dibuat berdasarkan senarai E-Kasih dan kumpulan fokus agar hanya individu yang layak dibenarkan menyertai program itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan