Pegawai KKM Berdepan Tindakan Tata Tertib Ekoran Laporan Audit

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)mungkin mengenakan tindakan tata tertib terhadap beberapa pegawai yang mendorong pembayaran awal dibuat bagi bekalan peralatan kesihatan yang belum diterima bernilai RM708,220.

Ketua Setiausahanya, Datuk Kamarul Zaman Md Isa berkata tindakan itu disyorkan sebuah jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan pada 19 Mei 2011.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 baru-baru ini mendedahkan pengurusan perolehan bagi peralatan Jabatan Rehabilitasi Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah, adalah tidak teratur apabila bayaran bagi perolehan tahun 2007 dibuat sebelum peralatan diterima.

"Jawatankuasa siasatan mengesyorkan pegawai-pegawai yang mengesahkan kesempurnaan bekalan yang diterima dikenakan tindakan tata tertib kerana mengesahkan bekalan telah diterima secara sempurna, dan mendorong bayaran dibuat bagi bekalan yang belum diterima melibatkan amaun RM708,220," kata Kamarul Zaman dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian mengenakan denda RM2.196 juta terhadap kontraktor berhubung kelewatan penyerahan peralatan bagi perolehan 'Next Generation Communication System' (NGCS) bertujuan menaik taraf sistem komunikasi di hospital dan institusi KKM.

Menurut Kamarul Zaman, kementerian mengeluarkan surat tuntutan bertarikh 27 Okt 2011 berhubung denda berkenaan.

Pada pendapat Audit, perolehan NGCS tidak menguntungkan kementerian kerana sistem itu lewat disiapkan serta tidak dapat digunakan secara optimum di 13 hospital atau institut.

Kementerian juga terpaksa membayar RM3.22 juta untuk perkhidmatan lesen yang tidak dapat digunakan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan