MCA Sambut Baik Pendekatan Secara Halus PPSMI

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA menyambut baik keputusan kerajaan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dikekalkan bagi pelajar yang mula mengikut dasar pembelajaran itu, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Katanya pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri Tan sri Muhyiddin Yassin semalam telah memperjelaskan garis panduan mengenai perkara itu dan menamatkan sebarang kekeliruan.

"Adalah baik untuk diperhatikan bahawa pelajar Tingkatan Dua hingga Tingkatan Empat akan meneruskan dasar itu sehingga tamat persekolahan menengah. Pendekatan itu juga telah menyediakan pilihan kepada sekolah untuk mengajar dua subjek itu sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dwi bahasa," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Katanya berikutan dengan pengumuman itu, kerajaan telah mendengar suara rakyat dengan merencanakan formula 'menang-menang' untuk semua pihak berkepentingan.

"Bagaimanapun, menjadi harapan MCA bahawa Kemeterian Pelajaran akan menekankan kepada penggunaan bahasa Inggeris bagi melengkapkan rakyat dengan bahasa sejagat itu selaras dengan perkembangan dunia," katanya.

Dr Chua juga berharap kementerian akan berusaha ke arah menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Kesusateraan Inggeris sebagai mata pelajaran wajib di sekolah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan