Malcon 2 Isaf Laksana Projek Untuk Penduduk Di Afghanistan

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysian Contingent 2 International Security Assistance (Malcon 2 Isaf) yang menjalankan misi di wilayah Bamyan, Afganistan telah melaksanakan beberapa projek untuk membawa perubahan kepada penduduk di sana.

Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata antara yang telah dilaksanakan adalah projek kawalan kuantiti air.

"Malcon 2 Isaf telah berjaya merekabentuk dan membina satu sistem penapisan air rekaan yang 'diikhtiar' (improvise) menggunakan bahan-bahan semulajadi.

"Setakat ini, Malcon 2 Isaf telah berjaya membina 20 sistem penapisan air rekaan sendiri," katanya dalam ucapan selepas menyambut kepulangan 40 anggota Malcon 2 Isaf dari Afghanistan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)Subang di sini, Sabtu.

Beliau berkata usaha ini tentunya sedikit sebanyak berjaya mengubah tahap kehidupan masyarakat di wilayah itu.

Misi yang diketuai oleh Kolonel Rusman Sanip dimulakan sejak 26 April lepas dan tamat hari ini melibatkan 40 anggota yang terdiri daripada 11 pegawai dan 29 lain-lain pangkat, dan lapan anggota wanita.

Ahmad Kamarulzaman berkata seramai 20 anggota wanita atau 24 peratus terlibat dalam misi Malcon Isaf sejak 2010 hingga sekarang.

Misi enam bulan itu memberi bantuan perubatan, pergigian dan latihan kepada penduduk tempatan wilayah itu serta melatih petugas-petugas perubatan dan pergigian kerajaan Afghanistan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan