270 Warga Singapura Sambut Aidiladha Di Inap Desa Negeri Sembilan

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Ketika masyarakat Islam berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidiladha bersama keluarga, saudara dan sahabat handai, seramai 270 warga Singapura memilih untuk meraikannya di negara ini.

Mereka adalah peserta program Ibadah Korban dan Aqiqah di Inap Desa Negeri Sembilan yang memilih untuk berada di sini bagi merasai kelainan sambutan Aidiladha di Malaysia berbanding di Singapura.

Pada tahun ini, program itu diadakan di Inap Desa Pachitan, Port Dickson dan Inap Desa Lonek, Jempol.

Menyaksikan bagaimana ibadah korban dilaksanakan dan melihat sendiri lembu disembelih, merupakan antara pengalaman baru bagi kebanyakan peserta program berkenaan, yang sebelum ini tidak berpeluang mengalaminya di negara asal.

Seorang peserta program itu, Salimah Osman, 60, berkata pengalaman pertama menyambut Aidiladha dengan suasana kampung amat dirasai, lebih-lebih lagi menyaksikan ibadah korban.

"Kalau di Singapura, kita selalunya bagi nama sahaja dan ibadah korban itu diuruskan oleh pihak masjid dan kita tidak dapat melihatnya, dan saya rasa sangat teruja," katanya.

Bagi Jamain Suaib, 65, sambutan Aidiladha di Malaysia mengingatkan beliau sewaktu kecil kerana suasana sama turut dirasai di Singapura ketika itu.

Beliau berkata kemesraan keluarga angkatnya di inap desa menambahkan lagi keseronokan menyambut Aidiladha di sini.

"Alhamdulillah, keluarga angkat di sini sangat mesra dan mereka sangat-sangat jaga kita dengan baik, itu yang buat kita rasa sambutan Aidiladha di sini lebih seronok," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Inap Desa Pachitan Bunandar Bakat berkata program Ibadah Korban dan Aqiqah di Indap Desa Negeri Sembilan memberi peluang kepada warga Singapura untuk melancong sambil beribadah di negara ini.

Bunandar berkata kebanyakan peserta gembira dan bersyukur kerana dapat melakukan ibadah korban serta mengalami sendiri sambutan Aidiladha di negara ini dalam suasana yang jarang mereka lalui sebelum ini.

"Maklum balas yang kita terima daripada mereka, mereka sangat berpuas hati dan gembira menyambut Aidiladha di sini, dan kebanyakan mereka ingin kembali ke sini lagi pada masa akan datang," katanya.

Program itu, yang pertama kali diadakan pada 2006, memberi peluang kepada warga Singapura melakukan ibadah korban dan aqiqah di Malaysia dengan membeli pakej inap desa menerusi agensi pelancongan terpilih di negara itu.

Pada tahun ini, sejumlah 36 ekor lembu serta 10 ekor kambing dikorbankan dan daging diagih kepada ibu tunggal, warga emas dan anak yatim. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan