Trafik Lancar Menghala Keluar Ibu Negara

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Trafik bergerak lancar menghala keluar ibu negara berikutan warga kota mula meninggalkan rumah kediaman masing-masing untuk bercuti sempena Hari Raya Haji yang akan disambut pada Ahad.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi Bernama berkata hanya terdapat beberapa kemalangan kecil yang berlaku di sekitar ibu negara, namun ia tidak menjejaskan keadaan lalu lintas.

"Trafik bergerak lancar sahaja pagi ini, mungkin kerana warga kota sudah meninggalkan rumah masing-masing malam tadi," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Sementara itu, jurucakap PLUSLine berkata trafik bergerak lancar di kebanyakan Lebuhraya Utara Selatan (Plus) kecuali di Plaza Tol Juru pagi ini yang bergerak perlahan disebabkan peningkatan jumlah kenderaan.

"Terdapat dua kemalangan berlaku pukul 7.17 pagi ini di Lebuhraya Elite di KM14.6 dari arah Putrajaya ke Bandar Saujana Putra yang melibatkan sebuah lori yang terbabas akibat terlanggar lampu isyarat.

"Manakala pada 7.13 pagi di Lebuhraya Sungai Petani, Kedah menghala ke Gurun di Km88, terdapat sebuah kereta terbabas di bahu jalan. Bagaimanapun trafik bergerak lancar walaupun terdapat dua kemalangan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula berkata trafik sesak di empat lebuh raya iaitu di Plus Utara di Bukit Tamban ke susur keluar Plaza Tol Juru, Lebuhraya Pantai Timur sebelum Plaza Tol Gombak ke arah timur, Genting Sempah ke Bentung dari Plaza Tol Bentung ke Bentung Barat dan di Jambatan Sungai Pahang ke RSA Temerloh.

"Trafik dijangka sesak menjelang tengah hari hingga ke petang berikutan warga kota yang akan memulakan perjalanan ke kampung masing-masing untuk menyambut perayaan itu esok," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan