Sesi Penerangan MBMMBI Kepada Pihak Sekolah Dijangka Minggu Depan

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sesi penerangan kepada pihak sekolah mengenai dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dijangkakan akan bermula minggu depan secara berperingkat, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata penerangan kepada pihak sekolah dibuat ekoran sesi penerangan peringkat kementerian yang diadakan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri turut memberi penerangan kepada Kabinet pada Jumaat.

Wee memberitahu pemberita di sini Sabtu Kementerian Pelajaran sedang menyiapkan surat pekeliling mengenai MBMMBI yang akan diedarkan ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa penghapusan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menyebabkan Malaysia ketinggalan dalam bidang sains dan matematik, beliau berkata negara sepatutnya mencontohi negara ekonomi besar lain yang berjaya walaupun rakyat mereka mempelajari sains dan matematik dalam bahasa ibunda masing-masing.

"Saya ambil contoh China. Mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris, namun masih mampu melancarkan roket," katanya menambah bahawa penguasaan bahasa tidak menjamin kepada penguasaan ilmu sains dan matematik.

Ditanya mengenai tempoh peralihan pelaksanaan PPSMI ke MBMMBI yang dikatakan mengambil masa terlalu lama, beliau berkata tempoh itu adalah normal.

"Peralihan dari satu sistem ke satu sistem yang lain memang mengambil masa. Dahulu peralihan dari pengantar bahasa Inggeris ke bahasa Melayu pun mengambil masa 12 tahun," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan