Misi Penghantaran Bantuan Kepada Mangsa Banjir Thailand Tiba Malam Tadi

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SONGKHLA: Kesusahan mangsa banjir di Thailand terus mendapat simpati rakyat Malaysia yang menghantar misi bantuan kemanusiaan kedua berupa dua kontena minuman dan makanan tiba di sini, malam tadi.

Penghantaran bantuan itu sumbangan badan-badan sukarela bukan kerajaan (NGO) diselaraskan Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri Thailand, Yingluck Sinawatra dan pejabat kedutaan Malaysia di Bangkok.

Penyelaras misi penghantaran, Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri Datuk Latt Shariman Abdullah menyerahkan bantuan bernilai RM26,000 itu kepada Pengarah Pusat Perhubungan Sheikhul Islam Selatan Thailand di sini, Halim Latif.

Setiausaha MCA Alor Setar merangkap Penasihat CRSM (Crisis Relief Squad MCA) Alor Setar, Loh Gim Hooi serta Bendahari Persatuan Keselamatan Sukarela Kerian, Perak (PKSK), Khaw Chee Peng menyaksi penyerahan itu kepada Halim di Masjid Besar Songkhla yang menempatkan Jabatan Agama Islam Songkhla, Hatyai.

Sumbangan dikumpul oleh CRSM Alor Setar berupa 1,600 kartun air mineral dan 600 kotak mi segera bernilai RM16,000 manakala PKSK menyumbang 250 kotak biskut bernilai RM10,000.

Latt Shariman memberitahu wartawan Malaysia yang menyertai konvoi misi penghantaran itu, banyak lagi bantuan yang dikumpul oleh NGO-NGO untuk keperluan mangsa banjir di Bangkok akan dihantar berperingkat-peringkat.

Esok (hari ini) tiga lagi kontena bantuan berupa air mineral dan makanan akan dihantar kepada pasukan Divisyen Keempat Tentera Thailand di sini untuk diserahkan kepada kerajaan negara 'Gajah Putih' itu, katanya.

"Saya bersyukur sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta NGO-NGO membantu mangsa banjir Thailand, banyak respons positif diterima bagi menjayakan misi 'Bantuan Banjir Thailand.'

"NGO-NGO ini pula bergabung dengan penuh semangat 1Malaysia dan banyak sumbangan telah dikumpul," kata Latt Shariman yang juga Ketua Umno bahagian Kuala Kedah.

Beliau meminta pihak-pihak yang ingin terlibat dan membuat sumbangan supaya menghubungi CRSM, Persatuan Bulan Sabit Merah atau St John Ambulans di kawasan terdekat.

Jumaat lepas, Latt Shariman menyerahkan satu kontena air mineral kepada polis Hatyai untuk dihantar ke Bangkok. Sebelum ini kerajaan Malaysia menyumbang sebanyak US$1 juta (kira-kira RM3.12 juta) kepada kerajaan Thailand untuk membantu mangsa banjir.

Sementara itu, Halim bagi pihak kerajaan dan rakyat Thailand mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang menunjukkan semangat kejiranan yang tinggi terhadap rakan yang dilanda bencana.

Katanya banjir kali ini adalah yang terbesar dan berat untuk dipikul oleh mangsa-mangsa banjir di tengah dan utara Thailand.

Barang tersebut akan diserahkan kepada pejabat Sheikul Islam di Bangkok untuk diserahkan kepada kerajaan bagi mengagihkannya kepada mangsa-mangsa banjir, tambahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan