Jakim Mahu Golongan LGBT Baiki Akhlak

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mahu golongan gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dibantu kembali ke pangkal jalan secara program kesedaran dan bukan membuka ruang kepada mereka meneruskan gaya hidup songsang seperti Program Seksualiti Merdeka.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Razali Shahabudin berkata sekiranya semua pihak serius mahu membantu, program yang dianjurkan perlu bersandar pada kaedah dapat menyedarkan mereka tentang kerosakan akhlak akibat amalan tidak sihat itu.

"Semua agensi berkaitan perlu memperkenalkan program khas kepada golongan LGBT dan bukannya memberi keistimewaan kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, Jumaat. Razali berkata perkara ini sudah diperincikan melalui buku Manual Islam dan HIV Aids dikeluarkan oleh Jakim pada 2009 untuk memberi bimbingan bersepadu kepada golongan itu memberi peluang kepada mereka menjalani gaya hidup sihat selari dengan kehendak syarak. Beliau menegaskan, sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, rujukan sepenuhnya tidak seharusnya dibuat kepada persetiaan dan konvensyen hak asasi manusia negara barat kerana acuan barat meletakkan hak asasi manusia melebihi undang-undang tuhan.

Sebaliknya Jakim berpandangan, Malaysia perlu merujuk persetiaan dan konvensyen yang dibuat oleh negara-negara Islam seperti Deklarasi Kaherah Mengenai Hak Asasi Manusia Dalam Islam yang disokong oleh 57 buah negara lain, katanya.

Deklarasi itu antara lain menyatakan bahawa setiap orang berhak mengeluarkan pendapat secara bebas yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip syariah.

Ia menetapkan bahawa maklumat sebagai suatu keperluan penting untuk masyarakat yang tidak boleh dieksploitasi atau disalahgunakan sehingga melanggar kesucian dan maruah para Nabi, melemahkan secara diam nilai moral dan etika atau menghancur, merosak, membahayakan masyarakat atau melemahkan iman.

Sementara itu tinjauan Bernama di perkarangan Annexe Pasar Seni, iaitu lokasi program tersebut dijalankan mendapati tidak ada lagi sebarang poster berkaitan program itu.

Kelihatan hanya tiga orang pengawal pusat pelancongan itu mengawasi kawasan di tingkat tiga.

Seorang peniaga yang enggan dikenali berkata, kira-kira pukul 6 petang semalam sekumpulan polis berada di situ kerana program tersebut dipercayai sedang berjalan walaupun polis telah mengeluarkan amaran.

Tinjauan di Masjid Jamek, Kampung Baharu pula mendapati tidak ada demonstrasi dan satu pasukan polis beruniform sedang berkawal di hadapan masjid. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan