FAMA Rancang Lahirkan Usahawan Belia, Mahasiswa Tahun Depan

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bercadang melahirkan kira-kira 500 orang usahawan tani di kalangan belia dan mahasiswa di Terengganu tahun depan, kata pengarah negerinya, Hasan Jusoh.

Beliau berkata golongan belia dan mahasiswa di negeri ini sudah pun mula menceburi bidang perniagaan khususnya memasarkan buah-buahan dan sayuran.

"Kita akan cuba melahirkan generasi baharu usahawan di kalangan kedua-dua kumpulan berkenaan," katanya kepada Bernama di sini.

Hasan berkata seramai lebih kurang 100 orang belia dan mahasiswa setakat ini sudah pun menyertai aktiviti Fama dalam projek ladang kontrak dan bazar rakyat.

Katanya, sebelum belia dan mahasiswa menjadi usahawan mereka akan terlebih dahulu dijadikan anggota kelab dikenali 'myagrosis' yang akan dilancarkan Perdana Menteri di Merbok, Kedah akhir tahun ini.

Menurutnya, dalam kelab itu belia dan mahasiswa menimba pelbagai pengalaman dan ilmu berkaitan pertanian kerana mereka sekarang sudah nampak peluang menjadi jutawan menerusi bidang pertanian.

Hasan berkata lebih penting lagi golongan belia dan mahasiswa yang dirancang dilahirkan Fama itu boleh menjadi pewaris kepada perniagaan keluarga mereka pada masa hadapan.

Usahawan belia dan mahasiswa sekarang tidak lagi menghadapi masalah memulakan perniagaan kerana boleh mendapat pinjaman modal daripada Agro Bank, tambah beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan