Cadangan PTPTN Henti Pinjaman Perbelanjaan Tidak Tepat:Khaled Nordin

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menghentikan pinjaman perbelanjaan boleh menimbulkan masalah kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tidak berkemampuan.

Sambil menyifatkan cadangan yang akan dilaksanakan mulai 2013 sebagai tidak tepat, Mohamed Khaled berkata ini kerana kos sara hidup yang dihadapi pelajar IPT khasnya di kalangan mereka yang tidak berkemampuan dan miskin, adalah tinggi.

Katanya, PTPTN belum mengemukakan cadangan itu, tetapi jika ia dikemukakan kementerian akan memperhalusi perkara itu dengan mengambil kira kriteria penuntut yang layak mendapat pinjaman perbelanjaan PTPTN.

"Saya percaya perlu ada pinjaman untuk menampung sara hidup lebih-lebih lagi kepada golongan yang kurang bernaib baik dan miskin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian pertandingan bola keranjang Persatuan Persaudaraan Kristian Visi Johor Baharu di sini, Sabtu.

Semalam, Pengerusi (PTPTN) Datuk Ismail Mohamed Said dilaporkan berkata perbadanan itu bercadang menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada penuntut IPT bagi mengurangkan tanggungannya yang semakin meningkat.

Bagaimanapun, katanya, pinjaman pembiayaan yuran pengajian tetap diberikan seperti biasa.

Ismail berkata, sehingga kini seramai 1.87 juta penuntut membuat pinjaman dengan PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan