Wujudkan 'Pengabungan Hijau' Untuk Tingkat Hubungan Ekonomi Malaysia-China

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia serharusnya mewujudkan "pergabungan hijau" sebagai hubungan pelaburan dengan China untuk merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara, kata penasihat untuk Forum Ekonomi China Dunia Ketiga, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata konsep pergabungan hijau menggabungkan kekuatan Malaysia dalam industri elektronik dengan dasar perindustrian ke hadapan China untuk mempromosikan teknologi hijau.

Lebih daripada 80 peratus tenaga China masih lagi diperoleh daripada arang batu dan kerajaan China sedang meninjau jalan-jalan alternatif untuk merancakkan ekonominya yang pesat berkembang dalam cara yang lebih bersih dan selamat, kata beliau.

China kini merupakan pengeluar utama panel solar dunia.

Ia juga baru-baru ini telah melaksanakan pelan strategik lima tahun ke-12 yang telah menempatkan tenaga solar sebagai sebahagian daripada strategi Sekuriti Negara bagi memastikan kemampanan bekalan tenaga jangka panjang.

"Sejumlah RMB2 trilion akan dilaburkan dalam industri untuk membina ladang solar dan angin di bahagian barat China," kata Dr Chua, yang juga merupakan presiden MCA, di sesi khas bertajuk "Bagaimana Komuniti China Malaysia boleh memajukan Hubungan Perdagangan dan Pelaburan yang rapat dengan China" di forum itu.

Dr Chua berkata kekuatan Malaysia bergantung kepada kekuatan dalam industri solar yang menarik pelaburan bernilai jutaan dari syarikat solar terkemuka dunia di Jerman, Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun dan China.

"Alasan untuk mereka memasuki Malaysia berbanding destinasi lain ialah asas dan pengalaman elektronik yang kukuh dan mudah untuk pelabur asing untuk membina kilang di sini," kata beliau.

Beliau mencadangkan pendekatan serampang tiga mata untuk pergabungan hijau termasuk mempromosikan sokongan industri yang padu dan dasar difokuskan kepada tenaga hijau, dengan memanfaatkan pelaburan asing kukuh Malaysia dalam industri solar.

Ia juga harus memanfaatkan komitmen China terhadap teknologi hijau dan tenaga hijau, memudahkan dan memajukan saling hubungan orang-ke-orang dalam teknologi dan tenaga hijau sebagai cara meningkatkan kesedaran dan melibatkan serta mendidik generasi akan datang mengenai kepentingan memulihara persekitaran. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan