Usaha Banteras Rasuah Di Sektor Korporat Menampakkan Hasil

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Usaha kerajaan membanteras rasuah melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mula menampakkan kesan positif apabila Malaysia dilihat mempunyai reputasi dan integriti tinggi dalam urus niaga di luar negara.

Pengarah NKRA Membanteras Rasuah Datuk Hisham Nordin berkata ia dibuktikan melalui kedudukan negara di tangga ke-15 daripada 28 negara dalam Indeks Pemberi Rasuah (BPI) 2011 oleh Transparency International Malaysia (TI-M) yang diumumkan 2 November lepas.

Malaysia berkongsi kedudukan bersama Hong Kong, Itali dan Afrika Selatan dengan skor 7.6 daripada 10 skor penuh, manakala negara jiran Singapura dan Indonesia masing-masing mencatat 8.3 dan 7.1 mata.

"Kami percaya pencapaian ini adalah sebahagian daripada banyak kejayaan cemerlang yang bakal dicapai kerana kesungguhan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan NKRA Membanteras Rasuah adalah satu kejayaan awal negara," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata pencapaian itu juga boleh dikaitkan dengan usaha kerajaan memperkenalkan Corporate Integrity Pledge (CIP) yang mengikrarkan prinsip antirasuah oleh sektor korporat, yang dipelopori Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), TI-M, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Bursa Malaysia.

Hisham berkata antara syarikat terkemuka yang menandatangani CIP adalah Maybank Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, AirAsia dan TopGlove.

"Dengan sokongan dan tindakan berkesan SPRM, gejala rasuah dan persepsi berlakunya rasuah akan dibanteras sehingga ke peringkat akar umbi, dan membenci rasuah dan bertindak ke atasnya akan menjadi budaya rakyat Malaysia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan