Tidak Ada Persiapan Aidiladha Bagi Mangsa Ribut Kuala Kedah

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Lebih 150 keluarga di Taman Bersatu, Kuala Kedah dekat sini hanya akan meraikan Aidiladha pada Ahad ini secara ala kadar selepas kediaman mereka rosak teruk dalam kejadian ribut petang semalam.

Kebanyakan yang ditemui berkata mereka tidak melakukan persiapan untuk menyambut Hari Raya Korban, sebaliknya menumpukan kepada pembaikian kediaman terutama bahagian bumbung, bagi mengelak perkakasan rumah rosak jika hujan.

Saadiah Aziz, 59, berkata cuti Aidiladha akan digunakan anggota keluarganya untuk bergotong-royong membersihkan serpihan siling dan memasang semula bumbung yang rosak.

Katanya mereka mengambil inisiatif sendiri membaiki kediaman itu tanpa menunggu bantuan yang mungkin mengambil masa, memandangkan musim hujan sekarang.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata mangsa ribut mengambil pendekatan serupa apabila membaiki sendiri kediaman yang rosak, selain ada yang menutup bahagian bumbung yang rosak dengan kanvas.

Seorang lagi mangsa Noraini Don, 48, berkata beliau sekeluarga terpaksa beraya di pusat pemindahan sementara kerana bumbung di ruang tamu dan bilik rosak teruk serta mengambil masa untuk membaikinya.

"Tak ada persiapan untuk Aidiladha langsunglah sebab rumah pun tak boleh duduk (tinggal) lagi," katanya yang menganggarkan kerugian kira-kira RM30,000.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang semalam, ribut beserta hujan lebat selama beberapa minit itu menyebabkan kebanyakan kediaman di kawasan perumahan tersebut hilang bumbung selain mengalami kerosakan harta benda termasuk kenderaan.

Bagaimanapun kejadian tidak menyebabkan kehilangan nyawa mahupun kecederaan.

Sementara itu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang turut melawat kawasan berkenaan hari ini menyampaikan sumbangan awal sebanyak RM200 kepada setiap 173 mangsa bagi meringankan beban mereka.

"Ini adalah sumbangan daripada pejabat Menteri Besar, untuk bantuan susulan lepas ni mangsa boleh laporkan kepada pejabat daerah sebab dah ada peruntukan khas melalui pejabat daerah untuk bencana," katanya kepada pemberita. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan