SPRM Siasat Isu Penipuan Derma Kepada Rumah Anak Yatim

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta individu atau mana-mana pihak yang pernah menderma kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Ghazaliah Al-Aishah di Kuala Kangsar, Perak untuk tampil memberi maklumat berhubung satu kes penipuan.

Pengarah SPRM Perak, Nooraziah Abd Manaf berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam yang menyatakan terdapat individu tidak bertanggungjawab di pertubuhan itu yang mempergunakan anak-anak yatim bagi tujuan mengutip derma untuk kepentingan peribadi.

"Dalam siasatan awal mendapati pihak pengurusan pertubuhan itu gagal mengemukakan penyata kewangan mereka termasuk derma yang diterima.

"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini kerana berdasarkan maklumat, pihak pertubuhan itu dikatakan meletakkan tabung derma di premis tertentu bagi membolehkan orang ramai memberikan sumbangan membantu anak yatim yang dijaga pertubuhan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Selain itu, Nooraziah meminta kerjasama premis yang pernah diletakkan tabung sumbangan derma atas nama pertubuhan itu agar tampil dan memaklumkan kepada SPRM.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pertubuhan terbabit diminta menghubungi Penolong Penguasa SPRM cawangan Taiping, Aznirina Mohd Sahari di talian 017-3345462 atau 05-8081982 bagi membantu siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan