SKMK Tangguh Sementara Pemberhentian Perkhidmatan Bas Henti-Henti Di Kelantan

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) bersetuju menangguhkan sementara pemberhentian perkhidmatan bas henti-henti Cityliner di Kelantan, sekalipun terpaksa menanggung kerugian besar.

Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Berhad (KTB), syarikat induk SKMK, Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kebajikan rakyat di 17 laluan terbabit.

Bercakap kepada Bernama di sini Jumaat, beliau berkata pada masa yang sama KTB akan mencari formula bagi menyelamatkan SKMK daripada terus menanggung kerugian akibat saingan syarikat pengangkutan awam lain dan 'teksi sapu'.

"Sebelum ini, kita terpaksa menampung kos operasi SKMK hasil keuntungan anak syarikat lain di bawah KTB, tetapi oleh kerana hampir kesemua anak syarikat induk turut menanggung kerugian tindakan memberhentikan perkhidmatan itu terpaksa diambil," katanya.

Beliau juga berkata bantuan RM100,000 sebulan oleh kerajaan negeri bermula bulan ini tidak dapat menampung kos operasi syarikat berkenaan.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta SKMK tidak menamatkan perkhidmatan itu demi kepentingan pengguna terutama pelajar sekolah.

Untuk itu kata Nik Abdul Aziz kerajaan negeri memperuntukkan bantuan RM100,000 sebulan selama empat bulan kepada SKMK bagi mengurangkan beban kos operasi. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan