Sebahagian Laporan Audit Salah Faham - Awang Adek

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Sebahagian laporan yang dibentangkan Ketua Audit Negara mengenai perbelanjaan berlebihan oleh beberapa kementerian berpunca daripada salah faham.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan telah meminta kementerian terbabit membuat ulasan agar rakyat tidak keliru.

"Laporan audit itu dibuat tanpa (meminta) ulasan daripada pihak kementerian terbabit," katanya kepada pemberita pada majlis khatam al-Quran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok di Sekolah Kebangsaan Bachok pada Jumaat.

Seramai 32 murid menyertai majlis itu yang dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bachok.

Beliau mengulas laporan Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang, yang antara lain, menyatakan terdapat tujuh kementerian termasuk Kementerian Pelajaran serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah lebih berbelanja peruntukan operasi dengan jumlah RM3.73 bilion.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata sesetengahnya mempunyai sebab munasabah seperti Pusat Giat Mara yang mengadakan kursus untuk penduduk kampung dengan menempah sebuah hotel, namun kerana tidak cukup penyertaan, mengisinya dengan orang lain bagi mengelakkan kerugian.

"Benda macam ini kena ada penjelasan sebagaimana yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi, sebab kadang-kadang pihak audit negara memberi tumpuan pada matlamat asalnya," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan terdapat kesilapan dan kelemahan di beberapa kementerian, dan perkara itu akan diberi perhatian oleh kementeriannya.

Awang Adek berkata Menteri Kewangan akan bermesyuarat dengan kementerian terbabit bagi memastikan kelemahan serta kesilapan itu dapat diperbetulkan agar tidak berulang pada masa depan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan