Proton Harap Kerajaan Kaji Dasar Insentif Untuk Kenderaan Elektrik

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SURREY: Pembuat kereta nasional Malaysia, Proton Holdings Bhd, berharap kerajaan akan mengkaji dasar insentif atau menawarkan rebat bagi kenderaan elektrik (EV) untuk menggalakkan rakyat Malaysia beralih kepada EV.

Pengarah Projek Jabatan Teknologi Hijau syarikat, Datuk Zainuddin Che Din berkata kos pemilikan kenderaan adalah antara cabaran dalam pelaksanaan EV atau inisiatif kenderaan hibrid.

Beliau berkata Pasukan Projek Hijau bekerjasama dengan Frazer-Nash Research Ltd yang berpangkalan di United Kingdom untuk membangunkan Proton Saga EV dan Proton Exora Extended Range EV (REEV) yang dijangka dilancarkan pada separuh pertama 2013.

Semasa memberi contoh, beliau berkata, kerajaan Amerika Syarikat menyediakan US$7,500 cukai kredit, kerajaan China memberikan subsidi sehingga US$8,800 bagi pembelian kenderaan bahan api alternatif dan Geran Kereta UK Plug-in menawarkan 25 peratus diskaun sehingga maksimum £5,000 untuk kereta baru.

Zainuddin berkata terdapat kekurangan kesedaran mengenai faedah dan kelebihan di Malaysia untuk kenderaan EV dan kos yang agak tinggi daripada kenderaan biasa.

"EV atau lebih dikenali sebagai industri hibrid masih baru di kalangan rakyat Malaysia dan harga akan lebih tinggi disebabkan oleh kos pemerolehan teknologi tinggi dan kos yang tinggi bagi stesen pengecas," kata beliau kepada Bernama selepas taklimat media Malaysia mengenai kemajuan rancangan kereta elektrik Proton.

Pada taklimat media itu, Zainuddin berkata EV akan menjadi lebih murah untuk beroperasi tetapi pembelian akan mahal, (oleh itu) ia adalah penting untuk menggalakkan pertumbuhan industri.

Beliau berkata insentif atau rebat akan menjadi salah satu cara untuk menarik rakyat Malaysia membeli EV yang akan memberi kesan besar untuk mewujudkan kesedaran di masa hadapan.

Exora REEV mempunyai penjana untuk mengecas semula enjin yang dipacu bateri dan Proton Saga EV pula semata-mata berkuasa bateri.

Mengenai permintaan, Zainuddin berkata, jika kerajaan menarik balik subsidi bahan api, penggunaan petrol akan kurang berbanding kepada kuantiti petrol sebelum ini pada harga yang sama.

"Oleh itu, permintaan untuk EV dijangka meningkat kerana orang ramai mungkin akan mengkaji untuk beralih kepada EV dan insentif akan menggalakkan mereka lagi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan