Pindaan Akta Pekerjaan: MTUC Mahu Berunding Dengan Kementerian Sumber Manusia

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ingin berunding lagi dengan Kementerian Sumber Manusia berhubung isu pindaan Akta Pekerjaan 1955.

Presidennya, Mohd Khalid Atan berkata rundingan itu perlu diadakan bagi membaiki dan memperkemaskan akta itu, yang didakwanya belum sempurna.

"Bagi MTUC, jalan untuk rundingan masih ada... MTUC akan berunding sekiranya pihak kementerian mahu mengadakan rundingan," katanya kepada pemberita semasa MTUC berpiket di Jalan Raja Laut pada Khamis.

Kira-kira 500 anggota MTUC, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE), Kesatuan Kakitangan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) menyertai piket itu. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan