Penganjur Program Seksualiti Merdeka Dipanggil Untuk Beri Keterangan - Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Polis akan memanggil penganjur Program Seksualiti Merdeka 2011 termasuk bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S.Ambiga untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 27A(1)(C) Akta Polis berhubung penganjuran program itu dan memanggil mereka bagi membantu siasatan.

"Kita akan panggil penganjur. Kertas siasatan itu nanti akan diputuskan Peguam Negara sama ada untuk mengenakan dakwaan atau tidak," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan 67 ekor lembu korban bagi kawasan Parlimen Sembrong, di sini, Jumaat.

Penganjuran program itu bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang gay, lesbian, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Hishammuddin berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpendirian penganjuran program itu bukan sahaja bercanggah dengan undang-undang negara tetapi juga agama, adat resam dan budaya yang boleh menjejaskan ketenteraman masyarakat.

Katanya, penganjuran program berkenaan terbukti telah mendapat kecaman daripada segenap lapisan masyarakat dan majoriti masyarakat yang selama ini membisu diyakini akan bangkit menentang sekiranya program berkenaan diteruskan.

"Yang penting adalah suara orang ramai. Alhamdulillah, ramai sudah suarakan rasa tidak puas hati. Dalam memastikan ekonomi yang kukuh, menghadapi isu kos kenaikan barangan, mengapa isu sebegini dibangkitkan... orang ramai boleh menilai sendiri apa sebenarnya tujuan dan matlamat mereka (penganjur)," katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar menyatakan pada Khamis, PDRM mengharamkan semua bentuk aktiviti dan promosi program yang berunsurkan seks bebas berkuat kuasa hari ini dan mengarahkan program itu yang dijadualkan berlangsung dari 1 November hingga 13 November dihentikan serta merta. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan