Najib Berkuasa Halang Ubah PPSMI - Dr Mahathir - Berita Semasa | mStar

Najib Berkuasa Halang Ubah PPSMI - Dr Mahathir

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempunyai hak untuk meminda keputusan memansuhkan polisi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri yang memperkenalkan dasar PPSMI pada tahun 2003 berkata, tindakan meminda polisi berkenaan akan hanya menyebabkan rakyat Malaysia menjadi mundur dan jahil.

"Idea untuk kembali mengajar subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu akan hanya menyebabkan kita ketinggalan.

"Bukan saya tidak menghormati Bahasa Melayu namun hakikatnya subjek Sains adalah perkara yang berbeza sama sekali, ia bukan ilmu yang statik sebaliknya ia terus berkembang dengan kajian yang dijalankan setiap hari.

"Kita perlu mengakses maklumat baru serta menjalankan penyelidikan namun jika sebaliknya kita akan mundur," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik tidak bermaksud negara kita tidak patriotik kepada bahasa kebangsaan.

"Ia bukan bermakna kita tidak patriotik. Untuk menjadi rakyat yang patriotik bukan hanya dengan menggunakan bahasa sahaja. Sebaliknya kita perlu menjadi rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas untuk memajukan Malaysia.

"Jika anda mahu menjadikan subjek lain sebagai bahasa kebangsaan adalah satu idea yang bagus dan saya menyokongnya. Namun saya perlu praktikal. Kita tidak mahu rakyat Malaysia ketinggalan dalam hal ini.

"Dalam era teknologi pada hari ini, jika kita tidak mempunyai ilmu dalam bidang sains kita akan ketinggalan," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan