Media Diminta Tidak Siar Gambar Kanak-Kanak Bawah Umur Yang Terlibat Jenayah

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta kerjasama media agar tidak menyiarkan gambar kanak-kanak bawah umur yang melakukan kesalahan jenayah kerana perbuatan itu bertentangan dengan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 601).

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata akta itu ada memperuntukkan sekatan ke atas laporan dan penyiaran gambar oleh media yang melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Beliau berkata dalam Seksyen 15 (1) akta itu, media massa dilarang mendedahkan nama, alamat atau institusi pendidikan atau memasukkan apa-apa butiran dalam laporan berita yang membolehkan kanak-kanak yang terlibat dalam jenayah dikenal pasti.

Katanya Seksyen 15 (2) pula melarang media massa menyiarkan gambar kanak-kanak bawah umur yang terlibat jenayah menerusi apa-apa perantara elektronik.

"Mereka yang sabit kesalahan di bawah kedua-dua seksyen akta itu boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran tindakan media baru-baru ini yang menyiarkan gambar seorang kanak-kanak berusia 13 tahun yang memakai baju lokap polis setelah ditahan kerana kesalahan mencuri. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan