Masih Belum Terlewat Untuk Perkenal Semula PPSMI - Dr M

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata masih belum terlewat sekiranya kerajaan ingin memperkenalkan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walaupun mereka memutuskan subjek itu diajar sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada 2016.

Menyifatkan subjek Sains sebagai dinamik dan sentiasa berubah, bekas perdana menteri itu menegaskan bahawa adalah lebih baik untuk mengajar mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris.

"Anda tidak boleh mengikuti perkembangan dalam bidang Sains kecuali anda memahami bahasa di mana ilmu pengetahuan itu datang kepada kita. Setiap hari ada hasil, penemuan dan teori baru.

"Semua ini tak dicatat dalam bahasa kita tapi dalam Bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama khas pada majlis penutupan Forum Ekonomi Cina Dunia Ketiga di Seri Kembangan di sini, Jumaat.

Menggelarkan dirinya sebagai nasionalis sama seperti orang lain, Dr Mahathir, yang memperkenalkan PPSMI pada 2003, berkata kita perlu menguasai pengetahuan saintifik sekiranya kita mahu membangunkan negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Kabinet hari ini memutuskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2016 dan di sekolah menengah pada 2021.

Dr Mahathir berkata pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Malaysia akan mengakibatkan pelajar ketinggalan dalam menguasai ilmu pengetahuan baru.

"Mereka mungkin belajar asas sains tapi ketinggalan ilmu terkini. Bila hadir seminar, apa-apa yang bincang tentang sains, mereka tak akan faham. Kalau belajar kemudian, penguasaan tidak begitu baik seperti belajar dari asal," jelasnya.

Mengulas mengenai program Seksualiti Merdeka 2011, Dr Mahathir berkata perlu ada batas kepada kebebasan dan menggesa supaya wujud sesuatu standard untuk rakyat mematuhinya.

"Saya tidak fikir kita perlu perkara seksualiti ini. Ia harus diharamkan. Itu pun kebebasan bersuara perlu ada had. Kita mesti ada peraturan berkenaan konsep perkahwinan, konsep keluarga dan perlu pegang kepada nilai-nilai mulia yang kita amalkan sekarang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan