Kenaikan Bil Elektrik Tinggi Mungkin Disebabkan Usikan Meter

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU AMAN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Jumaat menjelaskan caj tenaga yang didakwa keterlaluan selepas pelaksanaan meter baru digital berkemungkinan disebabkan caj kebelakang yang dikenakan kepada pengguna berikutan berlaku usikan pada meter lama.

Ketua Pegawai Operasinya Datuk Ir Azman Mohd berkata selepas meter baru digital dipasang, jika TNB mendapati berlakunya usikan meter, syarikat utiliti itu berhak mengenakan caj kebelakang.

"Mengikut Akta Bekalan Elektrik, TNB boleh mengecaj kebelakang iaitu kita boleh caj setakat mana kita boleh buktikan bahawa penggunaan atau usikan jangka ini telah berlaku sejak sekian lama.

"Sudah tentu proses yang kita caj kebelakang akan menimbulkan bil elektrik yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Set Janakuasa di Pulau Aman, Jumaat.

Beliau diminta mengulas gesaan Persatuan Pengurusan Bangunan Malaysia (BMAM) supaya TNB mengkaji isu-isu yang ditimbulkan oleh pengguna berhubung dakwaan caj tenaga yang keterlaluan berikutan penggunaan meter baru digital itu.

Azman berkata TNB tidak akan sewenang-wenangnya mengenakan caj kebelakang tanpa bukti kukuh telah berlaku usikan meter.

"Dalam kes usikan meter, jika mempunyai bukti kukuh baru TNB teruskan untuk ambil balik kerugian yang dialami. Ia dilakukan dengan pertimbangan dan perbincangan dengan pengguna terlibat," katanya.

Selain itu, beliau turut menjelaskan dalam keadaan tertentu, bacaan meter baru digital itu mungkin lebih tinggi berbanding meter lama berikutan bacaan meter lama yang tidak begitu tepat.

Bagaimanapun, katanya bagi masalah itu, kenaikan caj tenaga tidak begitu ketara.

Beliau turut memberi jaminan meter baru itu memberi bacaan yang tepat kerana ia telah melalui proses penentu ukuran oleh makmal yang mendapat akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005.

Sementara itu, mengenai Set Janakuasa 320kVA yang dipasang di Pulau Aman, Azman berkata ia dipasang sebagai persediaan jika berlaku masalah bekalan elektrik di pulau itu berikutan kerosakan pada sistem sedia ada.

Sistem bekalan elektrik sedia ada di Pulau Aman adalah dari satu pencawang elektrik berkapasiti 100kVA di mana bekalan diperolehi dari tanah besar melalui kabel dasar laut 11kV sepanjang 2.5km.

Pulau Aman yang mempunyai kehendak maksima tenaga sebanyak 80kW mempunyai kira-kira 250 orang penduduk terdiri daripada 60 pengguna domestik dan 26 pengguna komersil. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan